Sek.Keb.Ulu Ribu [ABA4044]

Sejarah SKUR
Home
Prasarana Sekolah
Staf SKUR
Laman yang berkaitan
Aktiviti Sekolah
Sejarah SKUR
Hubungi kami

Latar Belakang SKUR
 
Bekas Guru Besar : 1.Mohd Nor Jaafar - 1952-1954
                                     2.Nuruddin B.Ngah Ibrahim - 1954-1959
                                     3.Hashim B.Hussain - 1959-1960
                                     4. Ghazali Bin Duyob - 1960- 1963
                                     5. Ahmad Bin Said - 1980 - 1979
                                     6.Idris B.Ismail -1980 - 1986
                                     7.Mohd Zain Endut -1986 -1989
                                     8.Abdullah B.Yahya - 1989 -1993
                                     9.Khairrudin B.Zainal Abidin - 1993 - 1998
                                    10.Mohd Radzif B.Kamaruddin 1998 -2000
                                    11.Pn.Hamidah Bt.Abdul Wahid -2000 -2001
                                    13.Mohd Zuhri B.Shaharuddin - 2001-2002
                                    14.Pn.Hjh Azizah Bt Hj.Harron -2002 -            Ogos 2005
                                    15.En.Abdullah Zaini b. Abdul Razak - 1.Sept.2005 - kini

Latar belakang :

Pembinaan sekolah ini bermula dari kesedaran penduduk yang inginkan

pendidikan kepada anak-anak mereka. Pada 10 Januari 1952, penduduk kampung secara bergotong – royong telah berjaya mendirikan sebuah bangunan papan mengandungi dua bilik darjah. Bangunan ini diberi nama Sekolah Melayu Ulu Ribu.

Sekolah ini diberi nama dengan mengambil nama kampung di mana sekolah didirikan. Bilangan pelajar semasa sekolah ini baru didirikan ialah seramai 45 orang yang terdiri daripada 23 murid lelaki dan 22 murid perempuan.

 Pada tahun1958, bangunan sekolah baru didirikan oleh pihak Kementerian Pelajaran pada masa itu di atas sebidang tanah yang dibeli oleh pihak kerajaan dari seorang penduduk tempatan. Bangunan inilah yang digunakan sehingga hari ini.

 Dalam merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan semua sekolah adalah sekolah bestari, pihak sekolah mengemukakan cadangan membina satu blok bangunan empat tingkat bagi menggantikan bangunan enam bilik darjah sedia ada yang lama, terhad lagi uzur ini.

 Kekurangan kemudahan fizikal masa kini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada peningkatan prestasi pelajar SK Ulu Ribu. Pembinaan satu blok bangunan empat tingkat yang dicadangkan ini nanti akan memberikan lebih keselesaan kepada pelajar, ibu bapa serta guru dan menjadi kebanggaan penduduk Kampung Ulu Ribu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enter supporting content here